Tutorial Menjahit Baju Kurung Kanak-Kanak (1 tahun ke atas) - Part 8

Salam Siaran.

Maaf diatas kelewatan posting ini. Maklumlah Bulan Ramadhan tiba dan kebetulan ayahanda serta bonda berkunjung menziarahi kami di bandar membuatkan saya sangat sibuk sekali :)

Kaedah menebuk leher bukanlah sesuatu yang saya rasa dibuat dengan remeh-temeh. Sudah tebuk kalau salah, parah akibatnya. Saya juga rasa cara saya ini bukanlah yang terbaik, tetapi di ajar secara turun temurun, dari nenek ke ibu saya dan dari ibu ke saya. Alhamdulillah tidak pernah silap setakat ini.

Petua lama mengatakan saiz leher itu boleh diukur dengan 3 jari.



Tapi bagi kanak-kanak kecil mungkin perlu dikecilkan sedikit. Lebih elok jika mengukur diameter leher dari baju kurung contoh jika ada.

Berikut ialah cara saya memotong pola leher. Orang kata Action Speaks Louder Than Words ;)













Sebelum kita melukis pola dan menentukan kedudukan pola, hendaklah baju dilipat mengikut cara yang betul. Untuk menentukan kedudukan yang seimbang, baju dilipat dengan :
  1. Terbalikkan baju
  2. Masukkan lengan kanan ke dalam lengan kiri. Selepas dilipat akan kelihatan seperti di bawah







3. Pastikan jahitan pada lengan/kekek berada pada paras yang sama







Sebelum melukis pola, pastikan anda memberi ruang anggaran 1/2 inch pada hujung atas pola yang telah dilipat dua.











Selepas sebahagian Pola di lukis pada kain, anda hendaklah sematkan pin supaya kain tidak lari dan tarik kain ke depan sedikit.





Bolehlah sambung melukis bahagian Pola yang di tinggal 1/2 inch itu tadi.



Cara memotong adalah dengan memotong kain bahagian hadapan



Kain bahagian bawah jangan di usik







Hasil selepas digunting



Selepas itu bolehlah digunting bahagian tengah pula.








Untuk membuat lapik dada, kain perlu di lipat serong supaya senang direngang dan di jahit pada bulatan.



Letakkan kembali pola yang sama tadi



dan potong







Lipat lapik kepada dua (pastikan corak di atas) dan align dengan bahagian yang ditebuk tadi. Jahit keliling dengan jelujur dahulu sebelum cuba menjahit dengan mesin.



11 comments:

  1. Terima kasih kerana ambil masa utk buat tutorial ni.. saya dah bercadang nak ambik kelas dah.. nampaknya x perlu - thanks to u.

    will there be part 9 n so on? will u do a tutorial on mcm mana nak buat kain pulak?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. terima kasih banyak... sangat seronok dpt jait baju anak sendiri

    ReplyDelete
  4. Terima kasih. Tutorial yang clear sgt..

    ReplyDelete
  5. bagus.amat membantu. ilmu yg d kongsi dan diguna pakai oleh org lain bakal menjadi jariah kita... barakallah

    ReplyDelete
  6. terima kasih..ilmu yg sangat berguna..

    ReplyDelete
  7. Brapa inci belah di Dada untuk kanak2...sama panjang baju org dewasa ke...

    ReplyDelete
  8. Brapa inci belah di Dada untuk kanak2...sama panjang baju org dewasa ke...

    ReplyDelete

 

blogger templates | Main Website