Saya teruja sebentar menyiapkan dress untuk si kecil A'aesyah. Saya dapati kain cotton berharga RM7 semeter dari Nagoya amatlah baik sekali qualitinya. Sudah basuh berkali-kali dan walaupun tidak di jahit tepi, ia tidak "berambu-ramba" atau terjurai-jurai benang. Jadi saya fikir, baik sahaja saya buat lagi sebagai basahan anak saya ini di rumah.
Baiklah, tutorial seterusnya adalah sambungan dari langkah menjahit keseluruhan pesak/kekek/lengan pada badan
Seperti yang anda lihat pada gambarajah dibawah, keseluruhan pesak/kekek/lengan akan dicantumkan pada badan seperti yang berikut.
Tapi anda harus pastikan, ia dicantum pada pertengahan kain kedua-dua bahagian.
- Lipat bahagian pesak/kekek/lengan (PKL) supaya ianya "centre" seperti di bawah
- Lipat Bahagian Badan supaya ianya "centre" juga.
- Tandakan pada lipatan yang membahagikan PKL dan Badan supaya senang untuk di cantumkan kedua-duanya. Saya selalu mengunting sedikit (setelah dilipat) seperti bentuk dalam gambar sebagai tanda. Terpulang pada anda bagai mana hendak menandakannya
- Cantumkan dengan peniti
- Mulakan jahit mencantum dari atas bahu (C) ke bawah satu bahagian badan seperti garis berwarna putih pada gambar rujukan.
- Ulangi dengan menjahit dari atas bahu (C) ke bawah bahagian belakang pula.
- Ulangi langkah diatas sehingga kesemua bahagian badan telah bercantum dengan PKL.
No comments:
Post a Comment