Tutorial Menjahit Baju Kurung Kanak-Kanak (1 tahun ke atas) - Part 4

Setelah Pola siap, ambil kain dan tentukan Ira.



Pada hujung kain mengikut arah Ira, ukur mengikut ukuran labuh badan.
Kemudian lipat dua.
Contoh :
Labuh Pola Badan anak saya ialah 55cm.
55cm diukur pada kain dan ditanda, kemudian saya lipat dua.



Pastikan bahagian dalam kain (yg tidak nampak corak) berada di
sebelah atas



Kemaskan kain dan pastikan tidak ada kedutan. Ini kerana anda akan memotong dua helai kain sekali.

MELETAKKAN POLA PADA KAIN
Mulakan dengan pola badan. Berikut kedudukan Pola Badan pada kain:



Kedudukan secara close up.




Kemudian diikuti oleh pesak.

Kita akan memerlukan 4 helai pesak. Pola Pesak boleh digunakan dua kali dimana 2 helai kain digunting sekaligus.

Berikut kedudukan Pola Pesak yg pertama pada kain.






Tandakan pesak pertama dan gunakan semula pola pesak untuk pesak yang kedua.



Menggunakan garis panduan di atas, potong kain mengikut garis-garis biru.

Lebihan kain sepatutnya berbentuk begini :



Ambil ukuran lebar lengan baju anak anda.
Contoh : lebar lengan anak saya 14 cm

Ukur pada hujung mengikut ira dan lipat pada dua




Letakkan pola lengan



gunting dan kemudian gunakan pola sekali lagi untuk lengan yang kedua.



Lebihan kain yang ada boleh digunakan untuk memotong kekek









pastikan ia menghasilkan segitiga yang sekata seperti berikut :



Ini adalah hasilnya :
Dari kiri badan, lengan (2), pesak (4) dan kekek(2)



Seterusnya - Tutorial #5
Sebelumnya - Tutorial #3

1 comment:

  1. Salam kak....blh x sy nak beli pola baju kurung kanak2 ni....?

    ReplyDelete

 

blogger templates | Main Website