Tutorial Menjahit Baju Kurung Kanak-Kanak (1 tahun ke atas) - Part 1

  • Cara Jahit Baju Kurung
  • Baju Kurung Baby atau Toddler
  • Pola Baju Kurung
  • Baju Kurung Pattern
  • Tutorial Menjahit
Saya mulakan tutorial ini dengan niat ingin membantu para-para ibu mengurangkan kos membeli baju kurung anak sendiri dan juga para-para ibu yang mahu melihat anak-anak mengayakan hasil kerja masing-masing.

Walau bagaimanapun, saya tidak pernah mengikuti mana-mana latihan professional menjahit dan hanya mendapat tunjuk ajar dari ibu saya, jadi jika ada kekurangan harap maaf ya.

Pada saya, membuat baju kurung sendiri memang menjimatkan kerana semeter kain hanyalah dalam lingkungan (contohnya dari Nagoya) RM7 (kain cotton kerana anak2 yang berusia setahun lebih, lebih sesuai memakai kain cotton - breathable kata orang)

KAIN YANG DIGUNAKAN
Biasanya kain sepanjang 1 meter setengah memang cukup untuk membuat baju kurung kanak-kanak dalam usia 1 tahun. Kalau ada lebih pun tidak apa, boleh di buat benda lain (cantum-cantum jadi selimut ke, tote bag ke)

Biasanya kedai kain Nagoya menyediakan kain cotton yang memang cantik, jadi bolehlah berkunjung ke sana.

Saya tidak menggunakan mesin jahit tepi, jadi saya akan lebihkan kain untuk saya kemaskan sendiri.

POLA - Mengapa perlu membuat pola?

Ini amat berguna kerana anda tidak perlu mengukur setiap kali hendak membuat baju kurung. Maksudnya jika anda ingin membuat 3 pasang, anda hanya perlu mengukur sekali sahaja.
Saya hanya akan mengukur jika anak-anak telah membesar.



Setelah membuat pola pada kertas minyak, kertas art blok yang besar atau surat khabar bolehlah disimpan. Saya akan menghuraikan dengan lebih lanjut bagaimana hendak transfer ukuran ke kain menggunakan pola.

BAHAGIAN-BAHAGIAN BAJU KURUNG
Terdiri daripada yang berikut :




Bahagian Badan Kanak-Kanak yang perlu diukur:

BADAN
Labuh Baju = dari bahu ke 2 cm bawah lutut




Lebar Baju = dari kanan bahu ke kiri bahu




LENGAN
Panjang Lengan = dari bahu ke pergelangan tangan
Lebar Lengan = Ukur lilit dekat ketiak (bahagi dengan 2 dan lebihkan dalam 2cm)



PESAK
Biasanya kalau anak saya yang berusia setahun itu saya tidak ukur.
Saya gunakan formula :
Pesak atas: 6cm
Pesak bawah (pesak atas kali dua): 12cm
Pajang Pesak = Labuh Baju - Lebar Lengan + 4cm (lipatan luar) + 1cm (lipatan dalam)

KEKEK
Biasanya kalau anak saya yang berusia setahun itu saya tidak ukur.
Saya gunakan formula :
7cmx7cm

Apakata puan-puan ambil dulu ukuran tersebut dahulu ye?

Seterusnya - Tutorial #2


10 comments:

  1. sangat membantu saya yg cube2 nak jahit baju anak tok raya tahun ni :)

    ReplyDelete
  2. salam...tq kak...senang fahami
    boleh sy gnekan dimase akn datang...cari mesin jahit dulu...huhu

    ReplyDelete
  3. salam...sangat membantu...tq...saya nak copy untuk diprint senang nak baca satu2 semasa membuat...tq skali lagi ye..

    ReplyDelete
  4. salam, utk ukuran leher kanak2 bagaimana kiraannya yea?

    ReplyDelete
  5. 3D Rose Lace CANTIK DAN MURAH!

    Assalammualaikum wbt dan salam sejahter...
    Menjemput anda ke online shop

    info boleh didapati

    http://lace-rose-murah.blogspot.com/

    1 Row Lace Rose dijual dengan harga RM 4.50 dan RM 5.50 / meter sempena pembukaan online shop saya
    Sangat Cantik....Boleh dijahit pada tudung, baju atau gaun sicomel...BANYAK LAGI WARNA MENARIK DI LAMAN WEB SAYA

    ReplyDelete
  6. Salam...mohon copy yek...saya nk cuba utk anak...tima kasih

    ReplyDelete
  7. terima kasih atas perkongsian ilmu....sangat mudah difahami....

    ReplyDelete
  8. Lebar lengan & lebar baju & lebar kain brape ye utk 1thn-8thn?

    ReplyDelete

 

blogger templates | Main Website