Untuk memastikan Pesak&Kekek di sambung pada bahagian yang betul pada Lengan, lakukan yang berikut :
- terbalikkan Pesak&Kekek dan Lengan supaya anda membelakangkan corak pada kain
- pastikan ira kain mengikut arah yang betul (sila lihat anak panah biru)
- jahitan untuk menyambung Pesak&Kekek ke Lengan memerlukan 3 langkah (akan dibincang seterusnya)
3 langkah menjahit
- Bahagian Atas Pesak Kanan hendaklah di jahit dari hujung hingga ke garis biru itu sahaja
- Diikuti dengan Atas Pesak Kiri.
3. Akhir sekali, jahit dari bucu dimana garis putus putih bertemu ke hujung lengan
Seterusnya - Tutorial #7
Sebelumnya - Tutorial #5
No comments:
Post a Comment