Tutorial Menjahit Baju Kurung Kanak-Kanak (1 tahun ke atas) - Part 5

Bagi bahagian ini saya akan menerangkan bagaimana menjahit bahagian2 yang telah dipotong tadi.

Kita mulakan dengan Kekek dan Pesak.

Bahagian yang lurus pada Pesak akan di sambungkan pada Kekek.



Contohnya "A" pada Pesak No 1 akan di sambung pada "A" di Kekek. "B" pada Pesak No 2 akan di sambung pada "B" di Kekek

Ketika menjahit, jangan dijahit terus. Tinggalkan ruang sebanyak 1½ cm.



Close up bahagian yang telah dijahit.



Letakkan bahagian yang telah dijahit tadi supaya bahagian Pesak yang bercorak dan bahagian belakang Kekek mengadap anda seperti berikut.

Lipat Kekek supaya bucu Y bertemu bucu Z dan membentuk segitiga.





Letakkan Pesak No.2 di atas Kekek



dan sematkan dengan pin dari A ke B.



Terbalikkan dan jahit dari A ke B.



Kemudian bolehlah disambung kedua-dua pesak dengan menjahit B ke C (sehingga habis panjang pesak)


Hasilnya setelah dijahit.



Setelah disambung kedua-dua pesak pada kekek, seterika kemas bahagian yang telah dicantum seperti berikut. Ini supaya sambungan menjadi kemas.

Ketika merantau dahulu ibu selalu berkata tidak ada kedai yang boleh menjahit tepi. Habis sudahnya dia menjahit tepi dengan melipat ke dalam dan menjahit tepi kain untuk nampak kemas.







Inilah hasil Kekek yang telah di sambung pada kedua-dua pesak.




Seterusnya - Tutorial #6
Sebelumnya - Tutorial #4







7 comments:

  1. assalamualaikum.. alamak.. nanti nina singgah lagi ya.. tak reti la nak tebuk buat leher.. hehe

    p/s boleh tak kalau nak mintak tolong letakkan label kat tepi? senang nak ulangkaji :)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum....tutorial #6 ada ka?

    ReplyDelete
  3. Slm sis. Tutorial 6 xde la sis. Terus lompat ke tutorial 8.. bantu sy sis..

    ReplyDelete
  4. Terimakasih untuk sharing ilmunya.. Sangat menginspirasi.. Tertarik untuk mempelajari cara membuat pola pakaian beserta cara menjahitnya?.. Anda bisa memesan paket CD belajar menjahit di Fitinline..

    ReplyDelete

 

blogger templates | Main Website