Tutorial Menjahit Baju Kurung Kanak-Kanak (1 tahun ke atas) - Part 3
Sebelum kita transfer pola pada kain, kita perlu tahu 2 tanda berikut:
SIMBOL
dan anak panah (seperti dalam contoh berikut)
Tandakan simbol pada:
Pola Badan (satu sisi lebar badan)
Pola Lengan (satu sisi lebar lengan)
Bahagian yang ditandakan dengan bermaksud kain harus dilipat dan tidak perlu dipotong.
ANAK PANAH
Anak panah pada Pola menentukan kedudukan Pola mengikut Ira kain. Memotong baju mengikut ira kain penting. Jika menentang, baju tidak akan kembang cantik dan nampak kejung. Ira juga penting kalau kita hendak membuat contohnya skirt kembang payung. Juga jika ingin membuat lapik untuk dada.
Bagaimana menentukan ira kain?
Perhatikan lubang-lubang kecil di hujung kain yang tidak di gunting. Ira kain adalah mengikut anak panah di bawah.
Anak panah di lukis seperti berikut pada pola
Pola Badan (mengikut arah labuh baju)
Pola Badan (mengikut arah lebar lengan)
Pola Pesak (mengikut arah labuh pesak)
Berikut adalah kedudukan anak panah ira pada pattern baju
Terdapat satu lagi pola yang perlu disediakan iaitu Kekek.
Pada saat ini Puan seharusnya mempunyai 4 Pola yang sudah siap untuk dipakai dan ditransfer ke kain bagi mengunting bahagian-bahagian yang perlu untuk di jahit.
Seterusnya - Tutorial #4
Sebelumnya - Tutorial #2
Labels:
Cara Jahit Baju Kurung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Thanks atas infonya.
ReplyDeleteSaya sekeluarga ambil yg haq sahaja.Tiada yg lain.Dulu kini dan selamanya.